Tuesday, November 19, 2013

PILIHLAH AKU YA ALLAH

dengan nama Allah, saya memulakan madah.. dengan izin Allah, saya masih di sini..di atas bumi Allah..
tersentak hati tatkala mendengar berita sahabat sekuliah meninggal dunia dalam keadaan yang tidak diduga..
ya Allah..
andainya aku yang telah dipanggil, adakah setiap amalan aku telah Engkau terima..
andai aku yang Engkau janjikan pada hari semalam adalah diriku, adakah aku layak berada di sisiMu..?
ya Allah..sungguh aku cemburu melihatnya pergi..
tenang..setenang air di sungai..
ya Allah..
ingin sekali aku mengikut jejak langkahnya..
setiap detik aku melihat urusan terhadap jenazahnya, dan setiap detik itu juga aku tidak terlepas daripada mengingati saat pemergian abah..
sungguh tenang..
ya Allah..
Engkau yang menemukan kami..
dan Engkau juga yang telah memisahkan kami..
temukanlah kami semula di jannahMu..

PERKONGSIAN YANG TIADA PENGGATI

tadi terbaca status seorang sahabat kat wall fb. "teringat pesan ayah selepas solat isyak, solat witir"
tiba2 rindu dekat abah..rindu nak berkongsi ilmu dengan abah..rindu mendengar nasihat abah..rindu melihat abah mendidik kami..terbayang-bayang gaya kami subuh apabila dikejutkan abah..

terbayang-bayang lagi cebikan abah apabila kami cuba merajuk dengan abah..masih lagi terbaynag-bayang cara abah memujuk kami..kadang-kadang tak perlu dengan membuat suara garang, kami sudah mampu menundukkan kepala mengakui kesilapan.
tak perlu dengan kata-kata, kami sudah mampu menangis melihat wajah sedih abah..

kejayan kami walaupun hanya sedikit sahaja, tetapi abah sudah mampu bangga dengan kejayaan kami yang tidak seberapa itu..walau kecewa mana pun abah dengan kami, tak pernah abah melepaskan kemarahan semata-mata kerana nafsu..kemarahan abah bersebab.

.abah tak pernah menunjukkan rasa gelisahnya untuk mencari rezeki  kami..bagi abah, rumah adalah tempat ketenangan..sampaikan kami tak tahu bila waktunya abah tak tenang..

apabila gurauan kami melampaui batas, cepat-cepat abah menegur..malah abah mengusap kepala kami kerana kenakalan kami apabila kami bergurau..kadang-kadang abah cuba mengambil perhatian kami jika apabila abah pulang dari kerja..hilang rasa penat lelah abah melihat kami mengerumi abah..abah suka melihat kami menunggu abah pulang..

saat ahkir abah pulang dalam kedaan tertutup mata abah..kami tak mampu lagi bergelak ketawa seperti selalu selepas kepulangan abah..hanya tangisan yang menyambut kepulangan abah dari tempat kerja..

Allah..

mulianya hati abah..abah menghembuskan nafas terakhirnya di tempat dia gigih mencari rezeki untuk kesenangan kami..abah tak pernah merungut dengan kerjanya yang berat..malah abah sentiasa tersenyum menyambut apabila kami menjenguk abah di sana..

rindunya pada saat itu..

hanya bayangan yang menjadi santapan mata kami apabila kami lalu di tempat yang abah pernah pergi..rumah, bengkel abah, gerai makan yang abah suka pergi..sampaikan mak tak mampu memasak makanan berkari kesukaan abah..kami rindu semua itu..ya Allah..temukanlah kami kembali di syurgaMu..agar dapat kami menikmati saat bersama kembali..

Saturday, October 26, 2013

Ujian Itu Tarbiyah Dari Allah

saat tercari-cari apakah makna di sebalik ujian yang menimpa..
manusia tidak pernah sedar bahawa ujian itu tidak perlu dipersoalkan dari mana ia datang..untuk apa ia diberi..
sungguh..ujian itu adalah kafarah dosa yang telah lalu..dalam tidak disedari, ia memberi sejuta satu kesenangan..bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak..di dunia, ujian itu satu ilmu yang mengajar berjuta erti kesabaran..hanya orang yang mampu menangkis segala ujian sahaja yang mampu melihat apakah kelebihan ujian itu..di akhirat sana, Allah akan mempersoalkan apakah keadaan kita ketika ujian itu ditimpakan ke atas diri kita..jika kesabarn menjadi penegak iman, syurgalah tempatnya..jika nafsu amarah dijadikan sebagai sandaran, maka nerakalah tempatnya..Allah tidak pernah dan tidak akan pernah mensia-siakan setiap penciptaanNya..



“.....Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.”
 (Quran, Ali-Imran, 3:191)



Sunday, April 14, 2013

Rasa Yang Telah Allah Beri..

Beberapa hari lepas, 12hb 4..genaplah 3 tahun dia pergi..hebatnya penangan rindu yang telah Allah ciptakan..masyaAllah..rasa tak tertanggung rindu ni..hendak digapai, tiada bayang..hendak dipegang, tiada jasad..hendak di pandang, hanyalah gambar kenangan yang menjadi santapan mata kini..rindu pada yang sudah "tiada"..sungguh, Allah hanya meminjamkan dia hanya untuk sementara..tanpa tanda, dia dibawa pergi..ya Allah..pedihnya, sampai kini tak termampu diluahkan dengan kata-kata..benarlah apa yang telah dikata..

"Allah mencipta dan meminjamkan sesuatu bukanlah hanya untuk dipersia-siakan..apabila ia pergi, ketahuilah kamu akan hikmah disebalik kejadianNya"..

Benar..pemergiannya mengajarkan erti rindu yang sebenar-benarnya..ketiadaanya memberi makna betapa hebatnya kuasa sebuah doa..Allah..hanya doa yang mampu diberi..bukan beerti untuk memusnahkan rasa rindu tetapi tenangkanlah dia dengan rinduku ini bersama-sama rahmatMu..dengan rindu ini, ku mengangkat tanganku ke langit..langit yang diciptakan olehMu.. menunjukkan betapa agungnya susunanmu terhadap kehidupan ini..

Indahnya cahaya yang Engkau telah beri..mengajarkan kami arah jalan syurgaMu..dengan rahmatMu, kami dilahirkan dengan cara hidup Islam..dia yang telah Engkau pinjamkan kepada kami, menyedarkan kami erti sebuah syurga dan memberikan kami gambaran sebuah keperitan rasa neraka..

Bukan salahnya andai kami tersasar..dia yang telah memberi teguran serta ajaran tentang dosa dan pahala, tetapi kami yang lalai terhadapnya..ya Allah..janganlah sesekali dia diseksa hanyalah kerana dosa-dosa kami..bahkan dialah yang layak mendapat kehidupan yang sejahtera kerana pernah mengasuh kami akan erti betapa manisnya iman itu..

Adakala air mata rindu ini akan menitis apabila mengenangkan dia yang telah pergi..bukan mengharap dia kembali kerana kami tahu erti "pergi tak kembali"..tetapi..dengan kenangan semalam itu, memberi erti segala-galanya..

Ya Allah..temukanlah kami di akhiratMu kelak..agar dapat kami meleraikan erti rindu ini..amin...

Sunday, April 7, 2013

YOU ARE A TEST THAT ALLAH HAS SENT TO ME

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih...



Benarlah kata-kata bahawa ;

"dunia dan akhirat itu umpama rumput dan padi,
tanam padi, rumput kan tumbuh jua..
tetapi tanam rumput, takkan tertumbuhnya padi..
begitulah jua dunia dan akhirat..
kejar akhirat, dunia akan mendapatkan kamu..
jika kejar dunia, dunialah semata-mata bagi kamu"

Siapalah yang mahu mengimpikan neraka bagi dia di akhirat kelak?
tetapi malangnya manusia begitu senang ditewas oleh fitnah dunia..
setiap bait kata-kata ;

"Allah tidak memerlukan aku..
namun..
akulah yang amat memerlukan Allah..
Allah tidak sengsara seandainya kehilangan aku..
tetapi..
akulah yang akan jatuh sengsara seandainya Allah berpaling meninggalkan aku.."

Tetapi kasih sayang Allah itu terlalu hebat sehingga tidak ternilai oleh kata-kata..
setiap ujian yang diberi bukanlah suatu yang sia-sia..
malah ada ganjaran di setiap kesabarannya..

"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. 
Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum,
 maka akan mereka itu diberi dugaan. 
Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, 
dia akan memperoleh keredhaan Allah 
dan barangsiapa yang tidak redha
maka padanya kemurkaan Allah."
[riwayat al-tirmidzi]


semua ini adalah kerana "MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS"