Friday, December 14, 2012

DUHAI PENDAMPINGKU



SEBAIK-BAIK WANITA, BUKANLAH MEREKA YANG INGIN MENDENGAR SEBARANG LAMARAN SEORANG LELAKI YANG HANYA MENJADIKAN MEREKA SEBAGAI PASANGAN SEMENTARA YAKNI "COUPLE"! MEREKA IALAH SEBAIK-BAIK DAN SESEMPURNA WANITA YANG TELAH ALLAH CIPTAKAN UNTUK SEORANG LELAKI YANG HANYA LAYAK UNTUK BERGELAR "SUAMI".
ALANGKAH MALANGNYA UMAT AKHIR ZAMAN HANYA MEMANDANG BUDAYA "COUPLE" HANYALAH SEBAGAI SATU SUBJEK UNTUK MEMBUATKAN MEREKA SALING KENAL-MENGENAL SEBELUM MENDIRIKAN RUMAHTANGGA.
TAHUKAH KAMU BAHAWA SEORANG WANITA YANG SOLEHAH TIDAK MEMERLUKAN PENDAMPING YANG SEMENTARA. KERANA SESUNGGUHNYA PENDAMPING SEMENTARA ITULAH PELUANG UNTUK DOSA MENCELAH.
ALANGKAH RUGINYA KERANA PERKARA YANG TIDAK PASTI ITULAH YANG MENGUNDANG SESAL DAN INDAH YANG FANA. SEGALA-GALANYA YANG SEHARUSNYA DIPERSEMBAHKAN KEPADA SEORANG LELAKI YANG BERGELAR SUAMI, HANYALAH KINI TINGGAL MADU YANG TERBIAR MALAH RACUN PULA MENJENGAH. ALANGKAH RUGINYA!!!

 DUHAI PENDAMPINGKU...
AKU BUKANLAH SEORANG WANITA YANG SEMPURNA. TETAPI AKU AMAT MEMERLUKANMU SEBAGAI SEORANG SUAMI UNTUK MENUTUP SEGALA KEKURANGANKU.
AKU TIDAK MEMERLUKAN SEORANG LELAKI YANG HANYA PANDAI BERMADAH MALAH BERJANJI SESUATU YANG TIDAK PASTI.
PERKARA ITU AMATLAH MENSIA-SIAKAN AKU DAN DIRIMU.
JIKA DIRI MU TIDAK MAMPU LAGI UNTUK MENYUNTING DIRI INI, ANGGAPLAH DIRIMU MEMERLUKAN ILMU DALAM MENYIAPKAN DIRI MENGHADAPI HARI-HARI YANG SETERUSNYA BERSAMAKU 

YA MUHAIMIN..
LABUHKANLAH CINTAKU PADA HAMBAMU YANG KAU CINTAI 
AGAR AKU TIDAK TERJATUH KE DALAM JURANG CINTA NAFSU.

Friday, November 2, 2012

AMpUnI dOsAkU yA AllAh


sungguh diri ini terlalu rindu dengan perkhabaran indah dari kitab suci
setiap kali membacanya..
hanya mulut berbicara..
TAPI..
minda berkhayal...
tak pernah merasa itulah kata-kata
perkhabaran indah dari Tuhan...
YA ALLAH YA TUHANKU..
kembalikan aku ke jalan Mu..
sungguh aku malu
terlalu hina 
sehinggakan diri ini tidak mampu menghampiri rumahMu..
tak terucap saat melihat kembali sirah Nabawiah..
senjata yang memerangi Islam
sedangkan rencana Mu sungguh tak tercapai dek akal..
lalu..
dengan kuasaMu..
senjata itulah yang mempertahankan nama Islam
saat Islam diambang kebangkitan...
umat manusia hidup dalam kejahilan..
orang-orang mulia yang terpilih dan terhebat sahaja mampu menerima agamaMu..
sungguh diri ini TERLAU jauh PERBEZAANNYA dengan umat-umatMu itu ya Allah..
mereka berani mempertahankan 
sedangkan aku kini hanya mampu melihat
tanpa bicara dan tanpa apa-apa
aku masih lagi berdiri..
tidak berganjak 
malah adakalanya iman ini tak mampu mempertahankan hak
maka..
diri ini pernah tertewas dengan mainan dunia..
YA ALLAH..
berikanlah segala yang mampu membuatkan hati ini tetap teguh dengan jalanMu..
aku dengan rasa hina dan rendahnya martabatku dihadapanMu..
ampunilah segala dosa-dosaku..
janganlah Kau seksa hati-hati yang pernah cuba menyelamatkan ku
KERNA..
mereka tidak pernah bersalah..
aku yang enggan malah adakalanya melawan keras asuhan mereka..
melampaui suruhanMu..
MAKA...
kini aku dambakan keampunanMu..
sungguh diri ini tak terdaya menahan kudrat tanpa kasihMu..
YA ALLAH........

Tuesday, September 4, 2012

kErAnA UjiAn iTu...

sungguh kerana ujian Allah itu ternyata hebat. kesannya masih juga terkesan sehingga kini. dan..rasanya ia tidak akan hilang sehinggalah Allah mengkehendakinya. bukan diri ini hendak menyalahkan takdir. tetapi, takdir itulah yang mengheret diri ini tetap tegak berdiri di bumi Allah. perjuangan yang diri ini lalui selama ini adalah kerana takdir Allah. dan takdir itulah yang akan tetap di dalam ingatan ini.

takdir itu selalu sahaja mengheret diri ini pada kenangan lalu. saat di mana diri ini pernah merasai kasih sayang seorang insan yang mulia. 

renungan dan sentuhan terakhirnya tidak pernah diri ini pedulikan. saat ia berlalu, satu persatu perbuatan itu terbayang kembali. nasihat terakhir dan sesuatu yang ia tidak pernah dinasihatkan kepada diri ini juga membuatkan diri ini ditimpa menyesal tidak sudah sehingga kini.

setiap kali mengenangkan kembali kenangan lalu, pasti ia membuatkan bibir ini terlalu cepat mengukirkan senyuman. tetapi ia juga menyebabkan air mata ini menitis. peritnya hati menanggung rindu, hanya Allah sahaja yang tahu. 

 sungguh diri ini tidak termampu untuk meneruskan jejak langkah yang sama. setiap dahan yang dihulurkan untuk menunjukkan jalan kesedaran tentang balasan Tuhan, pasti akan dipatahkan sehingga dahan itu tidak mampu terus bertahan.

 apabila mengenangkan kembali segala tidakannya yang terdahulu, pasti diri ini terus merasakan ada tangan yang dihulurkan untuk terus bertahan.

tetapi sungguh.. 
peritnya rasa apabila kehilangan sebuah anugerah yang paling indah. telah Allah takdirkan seseorang yang cukup untuk diri ini merasa bahagia di dunia jua di akhirat. kerana anugerah itulah yang selalu mengingatkan diri ini tentang hakikat syurga dan neraka. ia juga selalu mengingatkan tentang hati. "jagalah hati dengan sebaik-baiknya. kerana hatilah raja segala perbuatan". tetapi sayangnya..hati ini telah diri ini kotorkan dengan najis dunia. 

ya Allah..
ampunkan diriku jua dirinya. dia tidak pernah tersalah dalam mendidik diri ini ke arah keredhaan-Mu. tetapi diri ini yang terlau buta untuk menilai dan melihat. hanya mempelajari tetapi tidak mempraktikkanya. kerana itu ya Allah, Kau telah menarik nyawanya untuk menyedarkan diri ini tentang hakikat dosa. sungguh besarnya pengorbanan yang telah Engkau berikan untuk insan hina seperti diri ini. kerana itu hati ini telah terlalu tawar untuk menerima hati yang lain. ya Allah..kehilangannya sehingga kini tetap hati ini tangisi. di saat melihat ke arah kenangan, rindu ini tidak pernah surut malah makin bertambah. ya Allah..izinkanlah dan kuatkanlah langkah ini untuk mengikuti jejak langkahnya yang terdahulu.. 

sungguh diri ini terlalu rindu pada setiap tingkahnya sehingga diri ini tidak mampu untuk berdiri dengan teguh. 

kelmarin..ketika di alam mimpi, diri ini memerlukan tangan untuk berpaut daripada kecelakaan. tetapi di dalam kesibukan mencari tangan untuk digapai, diri ini tertanya-tanya.."di manakah dia?" sehinggakan lidah ini terkelu untuk bertanya kepada orang lain. bagaikan memahami, seseorang telah menyedarkan tentang hakikat kehilangan.. "dia tidak akan kembali. janganlah sesekali kamu meratapi kehilangannya".. ya Allah..luluh rasa hati ini mendengarnya. di saat itu, diri ini percaya dirinya pasti terseksa dengan titisan air mata ini. 

kerana ujian itu, diri ini merasa mimpi.. sebuah mimpi yang juga boleh mengajar tentang hakikat sebuah kehilangan....ya Allah..peliharalah orang-orang yang pernah, yang sedang dan yang akan bersama-sama diri ini...

Saturday, June 2, 2012

sungguh diri ini teruji...

pahitnya hempedu, pahit lagi rasa hati. hempedu hanya sebagai ibarat pada sesuatu. tetapi hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu. tak semua insan yang telah Allah hidupkan di dunia ini hanya mendapat kesenangan dan kebahagiaan. sebaliknya, Allah telah menguji hamba-Nya dengan ujian samada kita mampu terus bertahan atau tidak. 


tertarbiyahnya diri tatkala melihat insan lain kehilangan insan-insan yang dia sayangi. sebatang kara tanpa ada sesiapa yang mampu memujuk hatinya. tatkala itu, aku termalu sendiri kerana dirinya lebih kuat dari aku. tertanya-tanya di minda. siapakah yang membuatnya berdiri dengan teguh tanpa sebarang cacat celanya...? di saat persoalan itu terus menerus menerjah minda, seorang ustaz telah menghampiriku. sebelum ini dia pernah bertanya padaku. "bagaimana keadaan hati untuk hari ini?" dan sampai hari ini aku tak termampu untuk menjawabnya. dan saat ini ustaz itu kembali meraih jawapanku. 


di saat ini pun tak terjawab. seperti dia dapat  menembusi rahsia hati ini tatkala dia mengatakan bahawa setiap hati mempunyai pemilik yang kekal dan yang satu. mengadulah pada Allah. janganlah hanya meratap dan merenung kembali apa yang telah berlalu. tempat itu hanyalah sekadar satu persinggahan yang tidak mampu dan mustahil untuk dikembalikan. pohonlah dan terimalah dengan redha dan bukannya dengan pasrah


saat ustaz tersebut merenung terus ke dalam mata ini, seakan-akan aku temui satu jalan yang lurus. ustaz itu meneruskan bicaranya tanpa sempat untuk aku membalasnya.


 ingatlah..kamu masih ada Allah yang mampu mendengar dan melihat kamu pada setiap saat, tempat dan sepanjang hidupmu. jangan terus pasrah dalam kehidupan. terus selagi diberi peluang. selagi mana kamu tidak tersasar dari syariatnya, janganlah mengalah. Allah sentiasa ada setiap permintaanmu. kamu tidak keseorangan lagi.di saat ini, kamu masih ada lagi keluarga dan sahabat-sahabat yang mampu membuatkan kamu teruskan langkah walau longlai sekali pun. tetapi andai hati kamu mampu untuk terus mengingati Allah pada setiap langkahmu, langkah kamu itu tak kan selonglai sekarang dan yang sebelum ini. setiap ikhtibar dan sejarah yang lalu bukan untuk dikenang tetapi untuk memberi kamu kekuatan. ada lagi ujian yang lagi hebat dari sebelum ini. berpeganglah pada janji Allah. setiap perkara yang Allah jadikan kepada kita adalah bergantung pada kemampuan kita. Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya. kasih Allah itu terlalu tertinggi kepada kita. ingatlah, hanya Allah yang mampu untuk kita terus melangkah dengan tabah. dan ketabahan itulah yang memjadikan hati kita terus mengingati-Nya. 


subahanaallah.. tersentak aku mendengar bicaranya. aku memejamkan mata ini seketika. sebak rasanya apabila mengenangkan betapa jahilnya aku terhadap kuasa Allah. saat aku membuka mata, tak terlihat walau seorang pun dihadapanku. Ya Allah..telah Kau hantarkan peringatan kepadaku sebelum aku terus alpa dengan kasih-Mu. betapa kerdilnya diri ini dihadapan-Mu. ampunilah dosa setiap langkahku dan keluargaku. -p/s- janji Allah pastikan tertunai. berpegang teguhlah pada janji-Nya-

Wednesday, March 21, 2012

ilMuAn IsLaM


Daripada apa yang saya dapati di dalam video yang telah dipaparkan oleh lecturer saya, banyak pengajaran yang boleh diambil terhadap semangat juang yang dilihat pada diri para ilmuan Islam pada masa lampau. Telah kita ketahui bahawa setiap sesuatu itu mesti mempunyai permulaan. Begitu juga dengan setiap langkah sejarah peradaban tamadun Islam adalah bermula daripada kecerdikan dan semangat ingin membangunkan Islam di kalangan para ilmuan Islam. Tidak dinafikan bahawa setiap usaha yang telah dijalankan oleh para ilmuan Islam telah menjadi titik pada permulaan bermulanya sejarah tamadun Islam di dunia ini. Dalam membangunkan tamadun Islam, ahli Ilmuan Islam telah menetapkan beberapa langkah bagi mengelakkan ketidakseimbangan antara fizik dengan akal. Perkara ini adalah kerana adakalanya manusia terlalu memikirkan perkara-perkara di luar batas kemampuan akal. Sebelum para ilmuan Islam melengkapkan kaedah-kaedah untuk membentuk sesuatu gagasan Ilmu, mereka akan menyalin dahulu kaedah-kaedah agar tidak hilang begitu sahaja. Perkara ini juga adalah kerana mereka ingin menjadikan karya-karya mereka menjadi bahan rujukan pada generasi akan datang.
Apabila dilihat pula pada zaman ini, berapa ramaikah para cendiakawan Islam lahir? Adakah ramai seperti para Ilmuan Islam yang terdahulu? Perkara inilah yang menjadi masalah terhadap perkembangan minda pada zaman era globalisasi ini. Kejumudan akal yang hanya berfungsi terhadap sesuatu masalah tidak akan mendatangkan apa-apa faedah terhadap perkembangan tamadun Islam pada masa kini. Jika dibandingkan dengan para Ilmuan Islam yang terdahulu, setiap masalah yang timbul telah dapat mereka atasi dengan pelbagai cara. Bukan sekadar permasalahan sahaja, bahkan mereka mampu menguasai pelbagai bidang termasuklah dalam bidang keagamaan serta sains dan teklonogi. Perkara ini adalah cukup berbeza dengan fenomena yang berlaku pada masa kini.
Pada zaman kegemilangan Islam, para Ilmuan Islam seperti al-Khindi, al-Farabi dan Ibn Sina telah menjadikan falsafah sebagai satu tunjang terhadap ilmu-ilmu yang lain. Falsafah adalah sebagai satu payung yang memayungi ilmu-ilmu yang lain seperti fizik, poliktik dan etika atau akhlak. Tidak dinafikan lagi bahawa setiap perkara yang mereka telah dapati adalah berasaskan pemikiran falsafah mereka. Perkara inilah yang menjadikan setiap langkah para ilmuan Islam adalah yang teratur dan tidak berlaku perkara yang menyebabkan mereka menjadi kelam kabut. Di sini dapat kita lihat betapa hebatnya ilmu yang mereka telah pelajari. Bukan hanya satu ilmu tetapi pelbagai ilmu telah mereka pelajari. Malah mereka banyak menyumbang kepada kebangkitan peradaban tamadun Islam.
            Sedih apabila dilihat betapa banyaknya perbezaan yang ada antara zaman dahulu dengan sekarang. Pada zaman ini seolah-olah orang Islam semakin melupai sejarah peradaban Islam yang telah dibangunkan oleh para ilmuan Islam yang terdahulu. Perkara ini adalah kerana mereka terlalu mengikut cara peradaban orang Barat sehingga mereka percaya bahawa orang Baratlah yang telah berjaya membangunkan peradaban dunia. Mereka percaya bahawa dengan berjayanya orang Barat membangunkan perdaban dunia, perkara ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi perkembangan peradaban orang Islam. Padahal, apabila dilihat semula sejarah perkembangan tamadun, tamadun Islamlah yang telah berjaya membangunkan semula zaman kegelapan dunia seperti dapat kita lihat pada zaman kegelapan Eropah dahulu. Pada masa itu ramai orang Eropah telah berhijrah ke Cordoba untuk menimba ilmu di sana.
            Kesimpulan di sini, marilah kita sama-sama membangunkan semula sejarah yang pernah dicipta oleh para ilmuan Islam yang tedahulu. Jangan terlalu mengikut sejarah peradaban dunia Barat. Tidak salah malah digalakkan mengambil apa yang terbaik tetapi janganlah kita menguburkan sendiri sejarah yang dicipta oleh usaha para ilmuan Islam kita pada masa lampau. Perkara ini seolah-olah kita menolak ilmu-ilmu telah mereka usahakan untuk kesenangan kita pada hari ini.

Monday, January 30, 2012

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI..

ISTERI YANG TERBAIK....
SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!

**********************************************************************************

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

********************************************************************************** 

cerita ini saya ambil kat dalam facebook sorang ustaz ni. sedih sangat. tak tahu kenapa saya tetap percaya walaupun ade pasangan itu berkahwin atas dasar keluarga tapi mereka akan sedar bahawa perkahwinan atas dasar keluargalah yang akan membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. saya tetap percaya dengan kuasa Allah, segalanya yang nampak seakan-akan mustahil tetapi itulah ketinggian kuasaNya tak siapa mampu mengatasinya.seperti cerita di atas, akhirnya suaminya akan sedar akan kebenaran walaupun terlambatnya baginya untuk kecapi kebahagiaan bersama isterinya. tetapi dengan perilaku solehah isterinya, suami telah berubah. bukankah itu juga satu kebahagiaan..?

P/s: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada....

Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ORANG DI SEKELILING KITA SELAGI MASIH BELUM TERLAMBAT..


Monday, January 9, 2012

dAn sAaT InI....

dulukan..
dia yang selalu manjakan aku. time tu mak tengah mengandungkan adik bawah aku. disebabkan tak nak aku merasa sunyi, dia selalu je bawak aku jalan-jalan bila dia balek dari tempat kerja. setiap petang, aku pasti tunggu dia depan pintu. aku sure sangat yang dia pasti akan bawak aku naek moto dia gi jejalan.. seronoknya usah di kata. 
selalu gak dia nak yang terbaek dalam diri aku. sampaikan kalau ada je anak jiran yang cuba kacau aku time aku tengah study, dia pasti marah.aku tak boleh tengok dia marah. aty aku mesti sedih. seolah-olah dia marah kat aku. bila tengok aku nangis, dia mesti try cakap lembut-lembut dengan aku. "abah tak marah la kat anak abah ni..nape nangis ni..?kan comel je kalau senyum" haha abah2..ni la ayat yang selalu dia ucapkan bila aku nangis.
sampai aku besar..
dah masuk sekolah menengah pon, dia tetap nak yang terbaek dengan aku.. dan..bila aku cuti, aku akan sentiasa tunggu dia balek dari tempat kerja. tapi tak dela sampai dia nak bawak aku jalan2 nek moto. bila aku dah besar, kalau boleh dia nak aku dok umah je. tak suka orang laki selalu usik aku. muka dia pasti berkerut, risau katanya.dia nak aku kawen dengan orang yang betul2 boleh bimbing aku bukan atas dasar fizikal tapi boleh terima aku seadanya. dia cukup menjaga adap2 orang Islam. pakaian aku pon dia sentiasa akan pastikan menutup aurat bukan atas dasar syarat semata-mata tetapi menurut syariat!
dia juga akan pastikan aku sentiasa mengingati setiap hafalan yang pernah aku hafal. saat aku melagukan hafalanku. dia pasti akan tersenyum. kerna, apa yang pernah dia hajati hampir tertunai. sehinggalah aku mengabil SPM..saat itu dia sungguh riasukan aku. dia pernah suh aku amik aje exam kat sekolah yang dekat dengan umah. tapi aku menolak. 
lepas abis exam, tibalah masa untuk aku minta kerja. time tu dia betul2 tak kasi. sampaikan aku mogok lapar. tak nak makan. sampailah satu malam ni.. dia suh aku dok sebelah dia time dia tengah makan. dia suh aku makan. aku tak mampu nak pandang muka dia. sebab, aku takut jawapannya pasti mengecewakan aku. ternyata telahan aku benar. tak mampu untuk aku bersuara. hanya mampu menangis. entah kenapa, dengan dia aku cepat sensitif. dia tak marah pun. siap cakap lembut2 lagi tu.tapi setiap ayat pujukan dia, pasti akan menyejukkan aty aku. "abah sayang kat anak abah. bukan abah tak nak kasi anak abah kerja. abah risau je..kalau boleh, abah tak nak anak abah yang sorang ni kerja. biar abah yang tanggung sampai anak abah dah nak kawen sekalipun.abah tak kisah". entah kenapa pula aku senang dengan setiap pujukan dia. pasti membolehkan aku tersenyum semula.
saat aku tidak layak untuk ke U, dialah yang sering sibuk mencari sekolah yang terbaik tok aku ambil STPM. tidak pernah2 dia sendiri mendaftarkan kami anak beranak di pejabat sekolah melainkan aku seorang sahaja. 
selalunya mak lah yang menemankan kami mendaftar..sering kali aku balek umah apabila berkesempatan. tak pernah aku lepaskan peluang balek ke umah. kadang2, aku akan call abah. walaupun abah tengah sibuk, abah tetap seronok berbual dengan aku. tak payah tok aku kenalkan diri dekat tepon sebab dia sentiasa kenal dengan suara anak dia. 
sampailah suatu masa..
aku balek umah..terkejut dia tengok aku. tapi dia tetap tersenyum.. kalau aku terlepas peluang tok cium pipi dia, dia pasti menegurku. sedih je ayat dia.."tak ingat kat abah dah ke?sedih je abah tengok anak abah sorang ni tak nak cium pipi abah dah" abah2..tak pernah lupa tok meminta kasih sayang kami.
saat aku berada di sekolah pada esok hari...
saat tak termampu tok aku berkata2..aku ketok dada aku berkali-kali tanda hati aku tak termampu menampung kesedihan. tak mampu tok aku meneruskan langkah. melurut jatuh sangat aku mendengar perkhabaran itu. hanya Tuhan sahaja yang tahu hati aku saat itu. aku tetap tak percaya sehinggalah saat aku menjejakkan kaki ke pintu umah. tak termampu aku memandang jasad yang terdampar di satu sudut umah aku. aku cuba tersenyum tok tetamu yang tak terbilang bilangannya tanda hati aku cuba menafikan kenyataan. aku pandang wajah mak..ade kakak sulung aku di situ memeluk mak. macam cuba menenangkan hati mak. aku melangkah perlahan2 ke arah mak..saat aku tunduk cium tangan mak, mak terus tarik tangan aku tok memeluk aku..saat itu, air mata aku perlahan2 keluar. aku pelik. nape aku jadi cam ni..saat mak melafazkan "anak mak,sabarlah.dia dah 'pergi'."saat itu, aku tak termampu menampung keseimbangan badan aku.perlahan2 aku bangun. terus aku mara ke bilik air..ambil air sembahyang. aku cuba menenangkan hati dengan bersolat. lepas aku solat, aku masih berteleku di atas sejadah. air mata aku tak mampu terhenti. aku cuba gagahkan diri tok melihat wajah dia. Ya Allah..hanya seketika sahaja aku mampu memandangnya. "abah, bukan anak abah ni tak nak pandang wajah abah, tapi anak abah ni tak kuat!" aku cuba kuatkan semangatku tok menyiramkan air ke atas kepala dia tok kali terakhir, tapi tangan aku tak mampu untuk mengangkatnya. terus aku keluar dari tempat itu. saat tiba saat tok mencium dahi dia untuk terakhir kalinya, aku mula menjauh. tak sanggup aku terima kenyataan bahawa dia akan pergi selama-lamanya dari hidup aku! kakak aku cuba menenangkan aku. aku memandang lama wajah suci itu. aku cuba menahan air mata dari keluar. saat bibir aku mencecah dahinya,aku tak mampu menahan air mata. saat itu, aku benar2 terasa dia akan pergi dan aku takkan bertemu lagi dengan dia. lantas kakak memeluk aku. dan..saat akhir dia di bawa pergi, aku terbayangkan wajah tersenyum dia. 
setiap detik aku tidak mampu menyahkan gambaran wajah tersenyum dia. sampaikan aku sering kali bermimpikan dia sentiasa ada di sisiku. dan disebabkan itulah aku gagahkan diri tok mencapai impian kejayaan tok dia. ketika aku memegang slip keputusan STPM, air mata aku mengalir lagi teringtakan dia. tak sempat tok aku menunjukkan kejayaan yang dia harapkan dari aku. 
pada ketika ini, aku berdiri di sini. menggenggam amanah. mencari rahmatNya yang ternyata semakin jauh dari keluarga..
aku masih lagi tidak mampu melupakan wajah dia yang tersenyum ke arahku..kata2 pujukan dia..setiap langkah, kenangan bersamanya pasti aku kenang sehingga kini..
ya Allah. tempatkan lah dia bersama roh2 yang Engkau redhai..tenangkanlah dia di sana.. temukan aku dengannya kelak..amin...
abah...anak abah ni selalu mengecewakan hati abah..maafkan diri ini kerna ketelanjuran tingkahku mencalarkan hati abah..
dan sehingga saat ini...
aku menyesal kerana tidak pernah mengucapkan "ANAK ABAH YANG ABAH SERING USAP KEPALANYA INI, SAYANG SANGAT-SANGAT KAT ABAH!!!"