Wednesday, March 21, 2012

ilMuAn IsLaM


Daripada apa yang saya dapati di dalam video yang telah dipaparkan oleh lecturer saya, banyak pengajaran yang boleh diambil terhadap semangat juang yang dilihat pada diri para ilmuan Islam pada masa lampau. Telah kita ketahui bahawa setiap sesuatu itu mesti mempunyai permulaan. Begitu juga dengan setiap langkah sejarah peradaban tamadun Islam adalah bermula daripada kecerdikan dan semangat ingin membangunkan Islam di kalangan para ilmuan Islam. Tidak dinafikan bahawa setiap usaha yang telah dijalankan oleh para ilmuan Islam telah menjadi titik pada permulaan bermulanya sejarah tamadun Islam di dunia ini. Dalam membangunkan tamadun Islam, ahli Ilmuan Islam telah menetapkan beberapa langkah bagi mengelakkan ketidakseimbangan antara fizik dengan akal. Perkara ini adalah kerana adakalanya manusia terlalu memikirkan perkara-perkara di luar batas kemampuan akal. Sebelum para ilmuan Islam melengkapkan kaedah-kaedah untuk membentuk sesuatu gagasan Ilmu, mereka akan menyalin dahulu kaedah-kaedah agar tidak hilang begitu sahaja. Perkara ini juga adalah kerana mereka ingin menjadikan karya-karya mereka menjadi bahan rujukan pada generasi akan datang.
Apabila dilihat pula pada zaman ini, berapa ramaikah para cendiakawan Islam lahir? Adakah ramai seperti para Ilmuan Islam yang terdahulu? Perkara inilah yang menjadi masalah terhadap perkembangan minda pada zaman era globalisasi ini. Kejumudan akal yang hanya berfungsi terhadap sesuatu masalah tidak akan mendatangkan apa-apa faedah terhadap perkembangan tamadun Islam pada masa kini. Jika dibandingkan dengan para Ilmuan Islam yang terdahulu, setiap masalah yang timbul telah dapat mereka atasi dengan pelbagai cara. Bukan sekadar permasalahan sahaja, bahkan mereka mampu menguasai pelbagai bidang termasuklah dalam bidang keagamaan serta sains dan teklonogi. Perkara ini adalah cukup berbeza dengan fenomena yang berlaku pada masa kini.
Pada zaman kegemilangan Islam, para Ilmuan Islam seperti al-Khindi, al-Farabi dan Ibn Sina telah menjadikan falsafah sebagai satu tunjang terhadap ilmu-ilmu yang lain. Falsafah adalah sebagai satu payung yang memayungi ilmu-ilmu yang lain seperti fizik, poliktik dan etika atau akhlak. Tidak dinafikan lagi bahawa setiap perkara yang mereka telah dapati adalah berasaskan pemikiran falsafah mereka. Perkara inilah yang menjadikan setiap langkah para ilmuan Islam adalah yang teratur dan tidak berlaku perkara yang menyebabkan mereka menjadi kelam kabut. Di sini dapat kita lihat betapa hebatnya ilmu yang mereka telah pelajari. Bukan hanya satu ilmu tetapi pelbagai ilmu telah mereka pelajari. Malah mereka banyak menyumbang kepada kebangkitan peradaban tamadun Islam.
            Sedih apabila dilihat betapa banyaknya perbezaan yang ada antara zaman dahulu dengan sekarang. Pada zaman ini seolah-olah orang Islam semakin melupai sejarah peradaban Islam yang telah dibangunkan oleh para ilmuan Islam yang terdahulu. Perkara ini adalah kerana mereka terlalu mengikut cara peradaban orang Barat sehingga mereka percaya bahawa orang Baratlah yang telah berjaya membangunkan peradaban dunia. Mereka percaya bahawa dengan berjayanya orang Barat membangunkan perdaban dunia, perkara ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi perkembangan peradaban orang Islam. Padahal, apabila dilihat semula sejarah perkembangan tamadun, tamadun Islamlah yang telah berjaya membangunkan semula zaman kegelapan dunia seperti dapat kita lihat pada zaman kegelapan Eropah dahulu. Pada masa itu ramai orang Eropah telah berhijrah ke Cordoba untuk menimba ilmu di sana.
            Kesimpulan di sini, marilah kita sama-sama membangunkan semula sejarah yang pernah dicipta oleh para ilmuan Islam yang tedahulu. Jangan terlalu mengikut sejarah peradaban dunia Barat. Tidak salah malah digalakkan mengambil apa yang terbaik tetapi janganlah kita menguburkan sendiri sejarah yang dicipta oleh usaha para ilmuan Islam kita pada masa lampau. Perkara ini seolah-olah kita menolak ilmu-ilmu telah mereka usahakan untuk kesenangan kita pada hari ini.

No comments:

Post a Comment