Saturday, July 3, 2010

jejak uhud

Jejak Uhud


Tempoh setiap hari perjuangan kita

Sibuk cari rezeki kejar cita-cita

Bila berkemenangan kan riang gembira

Bila berkegagalan, apa orak kita?


Uhud jadi renungan kekalahan kita
Tiada kemenangan emosi dan minda
Awas nafsu menggoda cinta pada harta
Ingkar pada perintah terjerat akhirnya

Kemenangan dalam kekalahan
Kesenangan dalam kesusahan
Ada sinaran dalam kegelapan
Penyelesaian dalam penghalangan
Kemerdekaan dalam penjajahan
Kekuatan dalam kelemahan
Sepakatan dari berpecahan 
Kebangkitan dalam kesenyapan

Sentiasa di mana dugaan melanda
Punya teman setia perosak rupanya
Berlumba berkejaran dunia semata
Wujud diri di dunia tiada tujuan

Muslihat yang menjajah umat yang dihina
Khalifah kita di dunia amanah suci Nya
Kebolehan yang ada usah dipersia
Bangun terus mencuba berjuang bersama

Uhud adalah salah satu nama peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan ia berakhir dengan kekalahan kerana mereka tidak mendengar arahan ketua mereka, Rasulullah s.a.w. Apa yang kita dapat pelajari dari peperangan tersebut dalam bentuk aspek kehidupan harian kita ialah dengan mendengar kata-kata pemimpin kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mentaati perintah dari ketua insyaAllah segala dugaan yang melanda diri kita dapat atasi. Teruskan berusaha untuk membina yakin diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh onak dan duri.

apabila direnungi kembali..perjuangan kita pada hari ini memang menyerupai peperangan uhud pada zaman rasulullah s.a.w..ingkar pada setiap arahan nabi menyebabkan kita terus dijajah oleh bangsa yang Allah hina.akan tetapi malangnya umat kita sering lupa dan alpa atas sejarah yang diukir pada perang uhud zaman nabi.uhud adalah saksi pada kedegilan para tentera yang hanya mengejar nafsu harta semata-mata tanpa menilai kebaikan setiap arahan yang ditutur oleh Rasulullah s.a.w..begitu juga pada zaman ini telah mengulang kembali sejarah silam.umat alpa tentang penjajah yang menjajah kita secara halus melalui pelbagai cara yang kita sendiri tidak sedari samada melalui harta yang pelbagai,media massa yang menyebarkan gossip yang menghalang kepada pembinaan roh islam dan lain-lain.tetapi bezanya pada zaman ini ialah cara peperangan.telah kita sendiri ketahui bahawa negara kita bebas dari dijajah akan tetapi kita sebenarnye dijajah secara batil melalui minda!sedarlah bahawa kita pada masa ini senang dalam susah,sedar dalam lena.apabila berjaya dalam sesuatu pasti kegembiraan datang yang menyebabkan lupa pada yang memberi arahan.mana kesyukuran yang kita janjikan sebelum kejaan itu menjadi milik kita??itulah salah satu penjajahan yang sedang seludup masuk dalam hati kita yang menyebabkan kita terlena dengan dunia.kajilah peperangan uhud yang menjadi kepada kekalahan umat islam yang mengaburi mata mereka dengan harta yang merosakkan..ayuhlah wahai sahabat-sahabatku.sedarilah yang kita sudah kembali kepada zaman peperangan uhud

No comments:

Post a Comment