Tuesday, September 4, 2012

kErAnA UjiAn iTu...

sungguh kerana ujian Allah itu ternyata hebat. kesannya masih juga terkesan sehingga kini. dan..rasanya ia tidak akan hilang sehinggalah Allah mengkehendakinya. bukan diri ini hendak menyalahkan takdir. tetapi, takdir itulah yang mengheret diri ini tetap tegak berdiri di bumi Allah. perjuangan yang diri ini lalui selama ini adalah kerana takdir Allah. dan takdir itulah yang akan tetap di dalam ingatan ini.

takdir itu selalu sahaja mengheret diri ini pada kenangan lalu. saat di mana diri ini pernah merasai kasih sayang seorang insan yang mulia. 

renungan dan sentuhan terakhirnya tidak pernah diri ini pedulikan. saat ia berlalu, satu persatu perbuatan itu terbayang kembali. nasihat terakhir dan sesuatu yang ia tidak pernah dinasihatkan kepada diri ini juga membuatkan diri ini ditimpa menyesal tidak sudah sehingga kini.

setiap kali mengenangkan kembali kenangan lalu, pasti ia membuatkan bibir ini terlalu cepat mengukirkan senyuman. tetapi ia juga menyebabkan air mata ini menitis. peritnya hati menanggung rindu, hanya Allah sahaja yang tahu. 

 sungguh diri ini tidak termampu untuk meneruskan jejak langkah yang sama. setiap dahan yang dihulurkan untuk menunjukkan jalan kesedaran tentang balasan Tuhan, pasti akan dipatahkan sehingga dahan itu tidak mampu terus bertahan.

 apabila mengenangkan kembali segala tidakannya yang terdahulu, pasti diri ini terus merasakan ada tangan yang dihulurkan untuk terus bertahan.

tetapi sungguh.. 
peritnya rasa apabila kehilangan sebuah anugerah yang paling indah. telah Allah takdirkan seseorang yang cukup untuk diri ini merasa bahagia di dunia jua di akhirat. kerana anugerah itulah yang selalu mengingatkan diri ini tentang hakikat syurga dan neraka. ia juga selalu mengingatkan tentang hati. "jagalah hati dengan sebaik-baiknya. kerana hatilah raja segala perbuatan". tetapi sayangnya..hati ini telah diri ini kotorkan dengan najis dunia. 

ya Allah..
ampunkan diriku jua dirinya. dia tidak pernah tersalah dalam mendidik diri ini ke arah keredhaan-Mu. tetapi diri ini yang terlau buta untuk menilai dan melihat. hanya mempelajari tetapi tidak mempraktikkanya. kerana itu ya Allah, Kau telah menarik nyawanya untuk menyedarkan diri ini tentang hakikat dosa. sungguh besarnya pengorbanan yang telah Engkau berikan untuk insan hina seperti diri ini. kerana itu hati ini telah terlalu tawar untuk menerima hati yang lain. ya Allah..kehilangannya sehingga kini tetap hati ini tangisi. di saat melihat ke arah kenangan, rindu ini tidak pernah surut malah makin bertambah. ya Allah..izinkanlah dan kuatkanlah langkah ini untuk mengikuti jejak langkahnya yang terdahulu.. 

sungguh diri ini terlalu rindu pada setiap tingkahnya sehingga diri ini tidak mampu untuk berdiri dengan teguh. 

kelmarin..ketika di alam mimpi, diri ini memerlukan tangan untuk berpaut daripada kecelakaan. tetapi di dalam kesibukan mencari tangan untuk digapai, diri ini tertanya-tanya.."di manakah dia?" sehinggakan lidah ini terkelu untuk bertanya kepada orang lain. bagaikan memahami, seseorang telah menyedarkan tentang hakikat kehilangan.. "dia tidak akan kembali. janganlah sesekali kamu meratapi kehilangannya".. ya Allah..luluh rasa hati ini mendengarnya. di saat itu, diri ini percaya dirinya pasti terseksa dengan titisan air mata ini. 

kerana ujian itu, diri ini merasa mimpi.. sebuah mimpi yang juga boleh mengajar tentang hakikat sebuah kehilangan....ya Allah..peliharalah orang-orang yang pernah, yang sedang dan yang akan bersama-sama diri ini...

Saturday, June 2, 2012

sungguh diri ini teruji...

pahitnya hempedu, pahit lagi rasa hati. hempedu hanya sebagai ibarat pada sesuatu. tetapi hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu. tak semua insan yang telah Allah hidupkan di dunia ini hanya mendapat kesenangan dan kebahagiaan. sebaliknya, Allah telah menguji hamba-Nya dengan ujian samada kita mampu terus bertahan atau tidak. 


tertarbiyahnya diri tatkala melihat insan lain kehilangan insan-insan yang dia sayangi. sebatang kara tanpa ada sesiapa yang mampu memujuk hatinya. tatkala itu, aku termalu sendiri kerana dirinya lebih kuat dari aku. tertanya-tanya di minda. siapakah yang membuatnya berdiri dengan teguh tanpa sebarang cacat celanya...? di saat persoalan itu terus menerus menerjah minda, seorang ustaz telah menghampiriku. sebelum ini dia pernah bertanya padaku. "bagaimana keadaan hati untuk hari ini?" dan sampai hari ini aku tak termampu untuk menjawabnya. dan saat ini ustaz itu kembali meraih jawapanku. 


di saat ini pun tak terjawab. seperti dia dapat  menembusi rahsia hati ini tatkala dia mengatakan bahawa setiap hati mempunyai pemilik yang kekal dan yang satu. mengadulah pada Allah. janganlah hanya meratap dan merenung kembali apa yang telah berlalu. tempat itu hanyalah sekadar satu persinggahan yang tidak mampu dan mustahil untuk dikembalikan. pohonlah dan terimalah dengan redha dan bukannya dengan pasrah


saat ustaz tersebut merenung terus ke dalam mata ini, seakan-akan aku temui satu jalan yang lurus. ustaz itu meneruskan bicaranya tanpa sempat untuk aku membalasnya.


 ingatlah..kamu masih ada Allah yang mampu mendengar dan melihat kamu pada setiap saat, tempat dan sepanjang hidupmu. jangan terus pasrah dalam kehidupan. terus selagi diberi peluang. selagi mana kamu tidak tersasar dari syariatnya, janganlah mengalah. Allah sentiasa ada setiap permintaanmu. kamu tidak keseorangan lagi.di saat ini, kamu masih ada lagi keluarga dan sahabat-sahabat yang mampu membuatkan kamu teruskan langkah walau longlai sekali pun. tetapi andai hati kamu mampu untuk terus mengingati Allah pada setiap langkahmu, langkah kamu itu tak kan selonglai sekarang dan yang sebelum ini. setiap ikhtibar dan sejarah yang lalu bukan untuk dikenang tetapi untuk memberi kamu kekuatan. ada lagi ujian yang lagi hebat dari sebelum ini. berpeganglah pada janji Allah. setiap perkara yang Allah jadikan kepada kita adalah bergantung pada kemampuan kita. Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya. kasih Allah itu terlalu tertinggi kepada kita. ingatlah, hanya Allah yang mampu untuk kita terus melangkah dengan tabah. dan ketabahan itulah yang memjadikan hati kita terus mengingati-Nya. 


subahanaallah.. tersentak aku mendengar bicaranya. aku memejamkan mata ini seketika. sebak rasanya apabila mengenangkan betapa jahilnya aku terhadap kuasa Allah. saat aku membuka mata, tak terlihat walau seorang pun dihadapanku. Ya Allah..telah Kau hantarkan peringatan kepadaku sebelum aku terus alpa dengan kasih-Mu. betapa kerdilnya diri ini dihadapan-Mu. ampunilah dosa setiap langkahku dan keluargaku. -p/s- janji Allah pastikan tertunai. berpegang teguhlah pada janji-Nya-