pahitnya hempedu, pahit lagi rasa hati. hempedu hanya sebagai ibarat pada sesuatu. tetapi hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu. tak semua insan yang telah Allah hidupkan di dunia ini hanya mendapat kesenangan dan kebahagiaan. sebaliknya, Allah telah menguji hamba-Nya dengan ujian samada kita mampu terus bertahan atau tidak.
tertarbiyahnya diri tatkala melihat insan lain kehilangan insan-insan yang dia sayangi. sebatang kara tanpa ada sesiapa yang mampu memujuk hatinya. tatkala itu, aku termalu sendiri kerana dirinya lebih kuat dari aku. tertanya-tanya di minda. siapakah yang membuatnya berdiri dengan teguh tanpa sebarang cacat celanya...? di saat persoalan itu terus menerus menerjah minda, seorang ustaz telah menghampiriku. sebelum ini dia pernah bertanya padaku. "bagaimana keadaan hati untuk hari ini?" dan sampai hari ini aku tak termampu untuk menjawabnya. dan saat ini ustaz itu kembali meraih jawapanku.
di saat ini pun tak terjawab. seperti dia dapat menembusi rahsia hati ini tatkala dia mengatakan bahawa setiap hati mempunyai pemilik yang kekal dan yang satu. mengadulah pada Allah. janganlah hanya meratap dan merenung kembali apa yang telah berlalu. tempat itu hanyalah sekadar satu persinggahan yang tidak mampu dan mustahil untuk dikembalikan. pohonlah dan terimalah dengan redha dan bukannya dengan pasrah.
saat ustaz tersebut merenung terus ke dalam mata ini, seakan-akan aku temui satu jalan yang lurus. ustaz itu meneruskan bicaranya tanpa sempat untuk aku membalasnya.
ingatlah..kamu masih ada Allah yang mampu mendengar dan melihat kamu pada setiap saat, tempat dan sepanjang hidupmu. jangan terus pasrah dalam kehidupan. terus selagi diberi peluang. selagi mana kamu tidak tersasar dari syariatnya, janganlah mengalah. Allah sentiasa ada setiap permintaanmu. kamu tidak keseorangan lagi.di saat ini, kamu masih ada lagi keluarga dan sahabat-sahabat yang mampu membuatkan kamu teruskan langkah walau longlai sekali pun. tetapi andai hati kamu mampu untuk terus mengingati Allah pada setiap langkahmu, langkah kamu itu tak kan selonglai sekarang dan yang sebelum ini. setiap ikhtibar dan sejarah yang lalu bukan untuk dikenang tetapi untuk memberi kamu kekuatan. ada lagi ujian yang lagi hebat dari sebelum ini. berpeganglah pada janji Allah. setiap perkara yang Allah jadikan kepada kita adalah bergantung pada kemampuan kita. Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya. kasih Allah itu terlalu tertinggi kepada kita. ingatlah, hanya Allah yang mampu untuk kita terus melangkah dengan tabah. dan ketabahan itulah yang memjadikan hati kita terus mengingati-Nya.
subahanaallah.. tersentak aku mendengar bicaranya. aku memejamkan mata ini seketika. sebak rasanya apabila mengenangkan betapa jahilnya aku terhadap kuasa Allah. saat aku membuka mata, tak terlihat walau seorang pun dihadapanku. Ya Allah..telah Kau hantarkan peringatan kepadaku sebelum aku terus alpa dengan kasih-Mu. betapa kerdilnya diri ini dihadapan-Mu. ampunilah dosa setiap langkahku dan keluargaku. -p/s- janji Allah pastikan tertunai. berpegang teguhlah pada janji-Nya-
Saturday, June 2, 2012
Wednesday, March 21, 2012
ilMuAn IsLaM
Daripada apa yang saya dapati di dalam video yang telah dipaparkan oleh lecturer saya, banyak pengajaran yang boleh diambil terhadap semangat juang yang dilihat pada diri para ilmuan Islam pada masa lampau. Telah kita ketahui bahawa setiap sesuatu itu mesti mempunyai permulaan. Begitu juga dengan setiap langkah sejarah peradaban tamadun Islam adalah bermula daripada kecerdikan dan semangat ingin membangunkan Islam di kalangan para ilmuan Islam. Tidak dinafikan bahawa setiap usaha yang telah dijalankan oleh para ilmuan Islam telah menjadi titik pada permulaan bermulanya sejarah tamadun Islam di dunia ini. Dalam membangunkan tamadun Islam, ahli Ilmuan Islam telah menetapkan beberapa langkah bagi mengelakkan ketidakseimbangan antara fizik dengan akal. Perkara ini adalah kerana adakalanya manusia terlalu memikirkan perkara-perkara di luar batas kemampuan akal. Sebelum para ilmuan Islam melengkapkan kaedah-kaedah untuk membentuk sesuatu gagasan Ilmu, mereka akan menyalin dahulu kaedah-kaedah agar tidak hilang begitu sahaja. Perkara ini juga adalah kerana mereka ingin menjadikan karya-karya mereka menjadi bahan rujukan pada generasi akan datang.
Apabila dilihat pula pada zaman ini, berapa ramaikah para cendiakawan Islam lahir? Adakah ramai seperti para Ilmuan Islam yang terdahulu? Perkara inilah yang menjadi masalah terhadap perkembangan minda pada zaman era globalisasi ini. Kejumudan akal yang hanya berfungsi terhadap sesuatu masalah tidak akan mendatangkan apa-apa faedah terhadap perkembangan tamadun Islam pada masa kini. Jika dibandingkan dengan para Ilmuan Islam yang terdahulu, setiap masalah yang timbul telah dapat mereka atasi dengan pelbagai cara. Bukan sekadar permasalahan sahaja, bahkan mereka mampu menguasai pelbagai bidang termasuklah dalam bidang keagamaan serta sains dan teklonogi. Perkara ini adalah cukup berbeza dengan fenomena yang berlaku pada masa kini.
Pada zaman kegemilangan Islam, para Ilmuan Islam seperti al-Khindi, al-Farabi dan Ibn Sina telah menjadikan falsafah sebagai satu tunjang terhadap ilmu-ilmu yang lain. Falsafah adalah sebagai satu payung yang memayungi ilmu-ilmu yang lain seperti fizik, poliktik dan etika atau akhlak. Tidak dinafikan lagi bahawa setiap perkara yang mereka telah dapati adalah berasaskan pemikiran falsafah mereka. Perkara inilah yang menjadikan setiap langkah para ilmuan Islam adalah yang teratur dan tidak berlaku perkara yang menyebabkan mereka menjadi kelam kabut. Di sini dapat kita lihat betapa hebatnya ilmu yang mereka telah pelajari. Bukan hanya satu ilmu tetapi pelbagai ilmu telah mereka pelajari. Malah mereka banyak menyumbang kepada kebangkitan peradaban tamadun Islam.
Sedih apabila dilihat betapa banyaknya perbezaan yang ada antara zaman dahulu dengan sekarang. Pada zaman ini seolah-olah orang Islam semakin melupai sejarah peradaban Islam yang telah dibangunkan oleh para ilmuan Islam yang terdahulu. Perkara ini adalah kerana mereka terlalu mengikut cara peradaban orang Barat sehingga mereka percaya bahawa orang Baratlah yang telah berjaya membangunkan peradaban dunia. Mereka percaya bahawa dengan berjayanya orang Barat membangunkan perdaban dunia, perkara ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi perkembangan peradaban orang Islam. Padahal, apabila dilihat semula sejarah perkembangan tamadun, tamadun Islamlah yang telah berjaya membangunkan semula zaman kegelapan dunia seperti dapat kita lihat pada zaman kegelapan Eropah dahulu. Pada masa itu ramai orang Eropah telah berhijrah ke Cordoba untuk menimba ilmu di sana.
Kesimpulan di sini, marilah kita sama-sama membangunkan semula sejarah yang pernah dicipta oleh para ilmuan Islam yang tedahulu. Jangan terlalu mengikut sejarah peradaban dunia Barat. Tidak salah malah digalakkan mengambil apa yang terbaik tetapi janganlah kita menguburkan sendiri sejarah yang dicipta oleh usaha para ilmuan Islam kita pada masa lampau. Perkara ini seolah-olah kita menolak ilmu-ilmu telah mereka usahakan untuk kesenangan kita pada hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
